CINTA MEMBARA RINDU MEMAKSA - SCOIN

~ CINTA MEMBARA RINDU MEMAKSA ~
Artis: SCOIN
Track: 03
Album: Rindu-Rinduan
(P) 1999 Hui Hvang Ent. Sdn. Bhd.


~> Tak dapat ku selindung lagi
Tak dapat ku membohongi hati
Ku yang terlewat melamarmu

~> Tiada lagi bisikan rindu
Tiada lagi madah cintamu
Yang tinggal kini hanya sesalan
Menghimpit jiwa

~> Oleh kerana ku terlewat
Kau terima sidia
Putih mata hitamku
Bila mendengarnya

~> Undangan darimu tak ku hampakan
Ku hadir di hari persandinganmu
Walaupun hati ku dibendung pilu

~> Haruman rumpai menjadi kenangan
Yang mengharumi kamar sepiku
Ku buat penawar dikala rindu kepadamu

~> Kerana cinta ku membara
Kerana rindu yang memaksa
Aku sentiasa merisik khabar diterima

~> Menangis hati bila ku tahu
Hidupmu tersiksa bersamanya
Umpama burung didalam sangkar
Merayu dibebaskan

~> Andai tahu kau kan bersama
Takkan ku lepaskan dirimu
Dari genggaman tanganku
Duhai kekasih.. maafkan aku

~> Kembalilah duhai camarku
Kiranya hatimu dilukai
Kan ku balut dengan sutera kasih

~> Dan akan aku buktikan padamu
Insan yang sehina diriku ini
Masih mampu membahagiakanmu
Ku menunggu


Lagu: KAMAL HALIM
(Warner Chappel Music (M) Sdn. Bhd.)
Lirik: SUTERA
(Pustaka Muzik EMI (M) Sdn Bhd)


#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania

CINTA MEMBARA RINDU MEMAKSA - SCOIN CINTA MEMBARA RINDU MEMAKSA - SCOIN Reviewed by Megat Shahrul on 18:19:00 Rating: 5

No comments: