~ ADAM HAWA (6.02) ~
Artis: RAMLI SARIP
Lagu: RAMLI SARIP
Lirik: BOB LOKMAN
Track: 02
Album: SYAIR TIMUR
(P) 1997 Legend Music Creative Sdn. Bhd.
Bila
Sendirian
Dalam syurga tak bermakna
Harum
Suasana
Tak upaya bercanda
Pada siapa
Ku bentangkan
Tikar cinta
Aku Adam
Tanpa cinta
Tak ke mana
Tuhan
Terima kasih
Kerana kau menghayati
Hawa
Nan di beri
Syurga makin berseri
Ku bukakan
Pintu cinta
Yang menanti
Ku hamparkan
Rasa rindu
Di tapak kaki
Hawa
Kemarilah
Ku tunjukkan
Syurga ku
Sabar
Kau kan tahu
Diri ini
Syurgamu
Aaaa.. aaa..
Kita kan bersatu
Aaaa.. aaa..
Beradu
(Solo)
Syurga
Tanpa Hawa
Bagai cinta tak bertuan
Hawa
Dalam syurga
Cinta bagai tak keruan
Ciptaan Mu
Paling mistik
Ku tertawan
Aku hamba
Dalam cinta
Rekaan
Tuhan
Mengapakah
Ku keliru
Di sini
Hawa
Dirusuk ku
Bagai duri
Di hati
Aaaa.. aaa..
Manakah syurga ku
Hawa
Dalam syurga
Atau syurga
Dalam Hawa
Cinta
Tanpa Hawa
Di syurgakah
Tempatnya
Aaaa.. aaa..
Cinta yang berhawa
Aaaa.. aaa..
Sengsara
#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania
No comments: