~ TEMAN PENGGANTI ~
Artist: BLACK & MALIQUE
Video: https://youtu.be/zJfl1VV58Rk
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati
Pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau
(Kau)
Tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
(Iakan)
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
(Biarkan)
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun
Hakikatnya
Bukan mudah
Aku sembunyikan
Gulana gundah
(Segalanya kan berubah)
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergiku tak akan
Kembali
Tiba masanya
Kau
Cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya
Prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas
Tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami dalami dan mengalami
Setia mendengar
Sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal
Kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab
Harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap
Penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Dia yang sempurna
Dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergiku tak akan
Kembali
Tiba masanya
Kau
Cari teman pengganti
Hiiiyeahhh..
Sejak dua menjak ini
Ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung
Berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri
Jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas
Katil dah ku rapi
Cincin kunci dompet dalam laci
Ada sikit wang
Itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih
Abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania
No comments: