ILHAM PUJANGGA - ISMAIL HARON

~ ILHAM PUJANGGA (2:49) ~
Artis: ISMAIL HARON
Lagu: ABD RAHIM BIN JADI
Lirik: ISMAIL HARON
Track: 09
Disc: 03
Album: 100 Lagu-Lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat (2015)


Ilham
Dari pujangga
Berdiam diri
Bukan ertinya kau salah

Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang
Adat di dunia

Bersuaralah kamu
Pada perkara berguna
Itulah sifat
Orang bijaksana

(Ya..
Anak muda tidak kerana tergelincir kakinya...
Tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya...
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan...
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan…)

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan aa..aan..

Kasih
Sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai
Kepada yang satu

(Usahlah ditanya...
Apakah bakti negara untuk kamu...
Tetapi tanyalah...
Apakah bakti kamu untuk negara...
Berjasalah kamu...
Untuk keharmonian negara…)

(Kau katakan pada aku sekarang jua...
Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi…)

(Pembela...
Harapan dan tiang segala bangsa dan negara…)

(Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini…)

(Kau mempunyai akal bukan?...
Tepuklah dada...
Tanya selera…)

Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang berjudi

Maaf
Mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh

Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang
Penyanyi biasa


#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania

ILHAM PUJANGGA - ISMAIL HARON ILHAM PUJANGGA - ISMAIL HARON Reviewed by Megat Shahrul on 08:46:00 Rating: 5

No comments: