~ CINTA YANG BERUBAH (4:55) ~
Artis: SEJATI
Track: 08
Album: KERANA MENYINTAI MU...
(P) 1993 AKI
~> Destinasi cintaku
Destinasi cintamu
Tidak lagi satu haluan
Dulu kita bersumpah tidak ingin berpisah
Tapi kini engkau berubah
~> Engkau jemu
Membelaiku
Namun alasanmu
Sengaja kau adakan
Kerana
Engkau sedang
Memburu cinta yang baru
~> Aku masih menunggu
Walaupun aku tahu
Arah cintamu tidak menentu
~> Jangan engkau persenda
Janji setia kita
Nanti dirimu yang kecewa
~> Engkau suka
Dengan dirinya
Tapi bila terbukti
Cintanya tak sejati
Kau akan gusar nanti
Bermimpi disiang hari
~> Mungkinkah sudah suratan
Percintaan kita ini
Terjadi sebagai satu ujian
~> Bukan untuk selamanya
Hanya sementara saja
Hati gelisah dalam keluhan
~> Jika ini ujian
Aku rela menghadapinya
Dengan bersabar
Moga kaukan sedar
(Solo)
~> Berikan aku jawapan
Mengapakah mudah saja
Engkau tergoda dengan cintanya
~> Engkau terlupa diri
Tak dapat bezakan lagi
Antara mimpi dan realiti
~> Hanya engkaulah saja
Dapat menentukan cinta kita
Arah kemana
Cintaku dan dia
~> Satu hari akan tiba
Bila kau mengerti beza antara
Cinta dimulut dengan dihati
Mana yang kaca
Mana permata
Demi cinta kita
Lagu: AHMAD KHUSHAIRI ISMAIL
Lirik: EN. ABDUL MAJID BAHAROM
#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania

No comments: