LUMBA HARAM - SEJATI

~ LUMBA HARAM (4:57) ~
Artis: SEJATI
Track: 07
Album: KERANA MENYINTAI MU...
(P) 1993 AKI


~> Malam cuti malam baginya
Mereka berkumpul disimpang
Tunggu member ramai datang
Dengan motorsikalnya
Kumpul geng ditempat biasa
Masing-masing dengan gayanya
Aweàk tengok pun ternganga

~> Acara dimulakan
Wang dan gadis jadi taruhan
Harga diri tak dihiraukan
Kalau boleh mahu didepan
Potong kiri potong kanan
Sambil potong lepas tangan
Silap potong tercium jalan

~> Dialog:
Teruk ke kawan kamu jatuh motor?
Ntah, aku pun tak tahu
Mengape komer
Entah ler aku dengor cite dia bawak moto laju benor
Potong kiri potong kanan tetiba melintas kobor
Ya Allah
Nak ngelak kobor terlanggar belakang lori
Terkangkang jatuhnye
Kat mana tempatnya?
Tu dekat kepala ssimpang tempat ada kona
Tang kona tu ada pasir
Abis kemana dia pegi
Dengar cite diangkut deme ke hospital
Moh ler kita menengok
Kesian aku menengok
Moh moh moh kita pegi

~> Semua doktor mula sibuk
Yang datang terlentok-lentok
Ada juga yang dah bengkok
Wajah riang jadi monyok
Tengok member patah riok
Patah kaki patah tengkok
Akhirnya kena kutok

~> Lumba haram jadi tajuk
Semua akhbar pasti masuk
Sedar diri sudah teruk
Dalam rumah ia merengkok
Member kamcing semua belah
Kaki patah kepala pecah
Akhirnya diri yang susah

~> Dialog:
Hai kesian aku nengok si anu ti jatuh moto
Teruk rupenya.. tak rupe orang dah
Itulah.. aku dah nasihatkan dulu
Jangan bawak motor laju laju
Dah ler lesen takde
Main redah jer
Dah terlanggor belakang lori
Kan siapa susah
Aku nasihatkan kamu lah
Jangan la bawak motor laju
Kamu lesen takder
Nanti telanghor orang payah
Lesen ada tapi L
Iyelah L pun L lah
Tapi hati-hati la kamu nunggang tu jangan laju
Yang kamu tersegeh tu ngape kamu denger ke
Dengor... ikut cakap orang tua


Lagu: SEJATI
Lirik: SEJATI


#aMCollectionZ
Group Fb: Lirik Mania @fb
Blog: Zone Lirik Mania

LUMBA HARAM - SEJATI LUMBA HARAM - SEJATI Reviewed by Megat Shahrul on 17:48:00 Rating: 5

No comments: